Posts

Showing posts from April, 2025

Ketujuh Belas: Kembali Lebih Kuat, Semua.

Kalau kebelakangan ini kita rasa letih, atau rasa macam hidup makin berat, tidak mengapa. Anda bukan seorang. Ramai antara kita sedang mencuba, perlahan-lahan, untuk kembali jadi diri sendiri. Atau mungkin, versi yang lebih baik daripada sebelum ini. Tahun ini, marilah kita pilih untuk kembali… bukan dengan tergesa-gesa, tapi dengan penuh kesedaran. Kembali dengan hati yang lebih tenang, dengan jiwa yang lebih kuat, dan dengan harapan baru, walaupun kecil. Tidak salah jika kita masih rasa kosong terkadang. Tidak salah juga kalau kita masih belum capai apa yang diimpikan. Yang penting, kita masih di sini. Masih mencuba. Masih melangkah walaupun perlahan. Sedikit demi sedikit. Sebab lama-lama pasti akan jadi bukit. (Cewah). Jaga diri, ya semua? Bukan sekadar tubuh badan, tetapi juga hati dan fikiran. Jangan abaikan kesihatan mental hanya kerana mahu nampak ‘mantul’ di mata orang. Kita tidak perlu kuat setiap masa. Kadang-kadang, rehat pun satu bentuk keberanian untuk diri sendiri Untuk a...