Kesepuluh: Pelajar Sekolah Agama, Apa Cerita?
Hi semua! Assalamualaikum. Lama rasanya tidak menulis di blog ini. Almaklumlah, sibuklah dengan macam-macam hal, baik hal duniawi mahupun ukhrawi, hal penting mahupun tidak penting. Jadi niat mahu menulis di sini, asyik terbantut, ditambah lagi dengan segala macam alasan semacam, "Nanti-nantilah menulis tu, enjoy dulu kehidupan." Cis sampai ke sudah entri baru tidak ditulis. Ok bismillah. Sempena ramadan ni, aku mahu tulis satu entri luahan hati. Ceh. Bukan entri luahan hati bernuansa romansa ya, sekadar apa yang aku dan teman-teman rasa, mungkin relevan, mungkin tidak dengan kamu, tapi kalau kamu rajin, kamu bacalah entri ini sampai habis ya. Mungkin yang jernih nanti boleh diambil, yang keruh nanti ditinggal saja. Jangan sibuk-sibuk mahu jaja dan cerita dengan warga konon begitu-begini. Haip! 5 tahun sekolah agama. Siang, lelaki bersongkok, perempuan bertudung labuh. Malam, lelaki berkopiah, berbaju melayu, berkurta ata...