Posts

Showing posts from July, 2021

Kesebelas: Buku dan Aku.

     Hi semua. Assalamualaikum. Rasanya lama sudah aku tidak menulis di sini. Banyak benda berlaku dalam kehidupan aku. Tapi begitulah, putar-putar mana pun, aku tetap hamba kepada Tuhan yang Maha Esa, iaitu Allah AzzaWajalla. Alhamdulillah untuk nikmat yang kita kecapi sehingga ke hari ini.       Baik pada hari ini aku mahu kongsi satu cerita. Mungkin siapa yang berada di sekeliling aku, baik dalam hidup sebenar atau dalam media sosial. Aku selalu kongsi atau diskusi apa-apa yang berkaitan dengan buku. Ya begitulah. Jadi cerita hari ini akan berkisar mengenai bagaimana buku boleh jadi separuh daripada kehidupan aku.      Pertama sekali, apabila aku sebut aku suka dengan buku. Bukanlah bermakna aku mahu tunjuk pandai atau menunjukkan depan orang aku tahu sesuatu. Bukan. Nauzubillah. Moga dijauhkan daripada sifat seperti itu. Bagi aku, setiap daripada kita ada kecenderungan dan minat masing-masing. Jika kamu suka tendang bola, suka main M...