Kesebelas: Buku dan Aku.
Hi semua. Assalamualaikum. Rasanya lama sudah aku tidak menulis di sini. Banyak benda berlaku dalam kehidupan aku. Tapi begitulah, putar-putar mana pun, aku tetap hamba kepada Tuhan yang Maha Esa, iaitu Allah AzzaWajalla. Alhamdulillah untuk nikmat yang kita kecapi sehingga ke hari ini.
Baik pada hari ini aku mahu kongsi satu cerita. Mungkin siapa yang berada di sekeliling aku, baik dalam hidup sebenar atau dalam media sosial. Aku selalu kongsi atau diskusi apa-apa yang berkaitan dengan buku. Ya begitulah. Jadi cerita hari ini akan berkisar mengenai bagaimana buku boleh jadi separuh daripada kehidupan aku.
Pertama sekali, apabila aku sebut aku suka dengan buku. Bukanlah bermakna aku mahu tunjuk pandai atau menunjukkan depan orang aku tahu sesuatu. Bukan. Nauzubillah. Moga dijauhkan daripada sifat seperti itu. Bagi aku, setiap daripada kita ada kecenderungan dan minat masing-masing. Jika kamu suka tendang bola, suka main Mobile Legend, Pubg secara kompetitif. Begitu juga aku. Aku suka tenggelam dalam utopia aku sendiri, iaitu apabila aku ambil buku dan mula menelaah.
Aku mula jatuh cinta dengan buku bermula sekolah rendah, apabila keluargaku biasakan aku dapat buku bila aku berjaya capai sesuatu baik akademik mahupun koakademik. Jadi benda ni macam satu kepuasan untuk aku la. Apabila aku berjaya gapai sesuatu, aku akan dapat benda yang aku mahu. That is buku.
Menginjak ke sekolah menengah, budaya itu tidak luntur. Tapi dipupuk sedikit demi sedikit. Syukur juga aku dapat Cikgu Bahasa Inggeris merangkap Cikgu Nilam aku yang sangat galakkan aku untuk aku teruskan minat aku. Apabila jumpa insan yang memang support, apalagi, naik bulu la aku. Hahaha.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Sehingga kini, pengalaman pahit manis aku terjun ke dalam dunia pembacaan, adalah pengalaman yang menarik untuk aku. Apabila orang sibuk kiri kanan membawang, aku ambil buku dan terjun dalam dunia aku sendiri. Bukan mahu bersikap antisosial, tapi biasa kalau kita prevent diri kita dari membawang, kita prevent diri kita dari buat dosa kering. Hee.
Okay, berhenti setakat situ. Sekarang mari kita masuk ke dalam benda yang menarik untuk diperbincangkan dan diperkongsikan.
Bila sebut membaca, iqra dalam arabnya, read dalam inggerisnya. Ia sesuatu benda yang cukup penting. Peribahasa Melayu sebut, Membaca Jabatan Ilmu. Ayat pertama yang diturunkan kepada sebaik-baik manusia yang pernah hidup di muka bumi ini, Muhammad SAW, adalah "bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan." (Al-Alaq:1)
Kedua-dua konotasi ini seakan memberikan kita satu petunjuk penting. Satu, membaca adalah jambatan atau penghubung/pembuka kepada ilmu-ilmu yang lain. Untuk elakkan diri kita daripada menjadi jahil, palatao sesuka hati terhadap sesuatu isu, sibuk berasumsi sendiri, maka ilmu datang untuk memadam sikap suka taklid membabi buta ini. Bagaimana kita ingin peroleh ilmu? Melalui proses menimba ilmu. Proses menimba ilmu banyak, antaranya dengan membaca buku lah. Haa begitu.
Kedua, "bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-Alaq:1). Apabila sebut ayat suci ini, Alhamdulillah. Ayat ini seakan memberi suatu petunjuk atau huda yang penting untuk kita tidak berhenti menimba ilmu melalui proses pembacaan. Apabila kita membaca, bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan. Siapa Tuhan yang menciptakan itu? Tak lain tak bukan, satu-satunya Al-Khaliq, Allah Azza Wajalla. Aku tidak akan hurai panjang lebar, bukan kepakaran atau kefaqihan aku dalam bidang tafsir Al-Quran untuk bercakap lebih lanjut berkenaan ayat ini. Tapi, maksud ayat ini sudah cukup memberikan petunjuk kepada kita, bacalah. Bacalah dengan nama tuhan yang menciptakan kamu, maka kamu tidak akan pernah lari daripada tujuan hidup kamu sebagai seorang manusia yang sebenar-benarnya.
Akhir kata, secara peribadi banyak wishlist aku untuk baca karya-karya besar yang pernah ditulis oleh penulis-penulis terkenal seantero di dunia. Apabila kita sebut penulis, ianya turut dikenali sebagai pemikir. Sebab apabila mereka tulis sesuatu, mereka ekspresikan buah fikiran mereka dalam bentuk perkataan. Perkataan demi perkataan yang dicoret adalah hasil daripada proses pemikiran yang berlaku dalam otak dan fikiran. Maka, untuk hasilkan buah fikiran yang berkualiti, yang tidak putar belit, yang tidak mengelirukan, yang tidak omong kosong semata, maka melalui proses pembacaannya jawapannya.
Aku akhiri entri kali ini dengan satu kata hikmah,
Pembacaan adalah dunia yang mengajak manusia untuk lebih berhikmah, keluar dari kepompong taklid membabi buta serta bebas daripada minda dan jiwa yang terjajah.
Wallahualam. Moga Allah jaga dan kurniakan syurga. Salam.
Fuyooo, kupasan blog yg brtjk "buku dan aku" sangat menarik :) :) ... Tambahan sya, admin bole bca² buku muktabar islam sprti ihya ulumuddin... Best tenggelam dlm buku² sbgini. Ini hanya cadangan sya. Pilihan d tngn anda
ReplyDeleteTerbaik sobatt
ReplyDeleteSetujuu dan benar kata2 admin.. Muka buku pun best jugak 🤣
ReplyDelete