Posts

Showing posts from August, 2021

Kedua Belas: Debat

 Hi semua. Assalamualaikum. Lama tidak mencoret. Banyak benda terjadi dalam hidup. Jatuh bangkit lagi. Terduduk berdiri lagi. Sampai sekarang ini, aku tidak tahu apa keadaan aku sekarang, berdiri ka meniarap ka berlari ka berjoging ka. Yang pastinya aku sedang duduk sambil menghadap skrin, secara zahirnya. Sekarang ini, 24 Ogos 2021. Sedang berlangsungnya Bahas Ala Parlimen Negeri Sabah. Satu pertandingan yang tidak lagi asing buat para orator di Negeri di Bawah Bayu ini. Ketika debat inilah, segala tokoh nilam, pemidato & pelbagai jenis orang yang berkecimpung dalam dunia orator akan kau jumpa. Cuma apa yang menariknya pertandingan kali ini adalah ianya dilaksanakan secara online. Benda ini sebenarnya benda baharu dalam bahas ala parlimen. Sebab sebelum ini, kita tidak pernah sangka kita akan berdebat menggunakan skrin semata. Apa yang lawan & juri nampak, hanya muka & suara kita. Hm. Pengalaman aku dalam Bahas Ala Parlimen boleh dikatakan naik turun. Pengalamannya sin...