Kelapan Belas: Perlahan, Sampai Tujuan
Hai semua. Tatkala insan sekeliling mula mengorak langkah ke hadapan, kadang aku rasa masih statik di tempat. Macam ketinggalan di belakang. Tapi sungguhkah itu benar berlaku? Katanya. Aku bukan anak panah yang dilepas pasti ke sasaran. Mungkin seorang yang lebih suka hidup perlahan. Bagai seekor siput tua yang membawa rumah di belakangnya, yang berhenti sejenak setiap kali angin bertanya sopan, “Kau mahu ke mana?” Aku tidak pernah ingin terburu, bukan kerana tidak punya arah. Tetapi kerana aku pernah laju. Sehingga membawaku hilang arah ekoran terlalu banyak tanda. Sewaktu banyak suara yang memanggil aku, aku jadi keliru, mengenal diriku yang sebenarnya. Menjadi perlahan itu, padaku, adalah suatu bentuk perlawanan. Perjalanan panjang dalam dunia yang memuja laju tapi melupakan rasa. Terhadap kehidupan yang menilai pencapaian, bukan dengan tenang yang kita perjuangkan saban malam. Aku tidak ingin menang tanpa tahu apa yang aku harus perjuangkan. Aku mahu berjalan cukup perlahan un...