Kedua: Aniaya
Dunia selalu menjadi penjara untuk orang yang lemah, naif dan pasif.
Selalu kita diperdengarkan, yang lemah ditindas tanpa belas. Menjadi makin lemah, makin naif dan semakin pasif.
Beberapa tahun silam, aku duduk sambil mendengarkan ceramah daripada seorang abang senior. Dia bercerita mengenai doa orang teraniaya. Disebabkan gaya penyampaiannya yang menarik dan ditambah dengan isi ceramahnya yang agak unik, buatkan aku duduk terpaku, giat menadah telinga mendengar apa yang disampaikannya.
Ceritanya, mengenai orang di kampungnya yang teraniaya angkara hutang. Disebabkan dia teraniaya, maka dia berdoa kepada Yang Maha Esa. Seperti yang kita tahu, doa orang yang teraniaya ini mustajab, makbul dengan izin-Nya. Tidak lama kemudian, doa orang teraniaya itupun termakbul. Si penghutang, terkena balasan Tuhan atas kekhilafannya, daripada doa si teraniaya tadi.
Sejak hari itu, itulah jadi modal buat insan-insan yang selalu dianiaya di sekolahku. Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri. Semenjak hari ini, si pengacau, sudah tidak berani untuk mengapa-apakan orang yang dikacau. Atas alasan yang mudah, takut kacauan itu menganiaya mangsa, lantas doanya dimakbulkan Allah SWT.
2016. Tepat beberapa hari sebelum peperiksaan PT3 bermula. Desas-desus berita mula ditutur dari bibir ke bibir teman di sekelilingku. Ku pada mulanya tak ambil peduli, sebab sibuk buat persiapan jelang peperiksaan penting itu. Tak lama kelamaan berita itu mula disebarluas dan sindiran serta perlian mula jadi halwa telingaku. Rupanya, fitnah semata mula merebak, bagai wabak.
Berita itu mencalit najis pada mukaku & teman sekelas. Hal ini menyebabkan kami dipinggir oleh teman seangkatan yang lain. Secara asasnya, tiadalah hal ini aku ambil berat secara penuh. Namun dek kerana sindiran dan perlian itu semakin menjadi-jadi dan membawa kepada pemulauan kami sekelas. Maka tiada apa yang harus kulakukan.. Kepal tangan? Balasan sindiran? Bukan hal seperti itu dendam terbaik harus kulunaskan.
Bagi aku, ianya bukanlah suatu dendam untuk dipendam, tapi adalah suatu reaksi spontan apabila kamu dituduh tanpa usul periksa dan membawa kepada pemulauan membabi buta. Hal semacam ini berat untuk ditanggung seawal usia 15 tahun, yang seharusnya menjadi masa terbaik untuk membina hubungan persahabatan dengan teman seangkatan.
Solat. Itu kuncinya. Pada sujud terakhir, ku dengan rendah hati. Memohon kepada Ilahi. Jika benar berita itu, maka engkau tunjukkanlah kebenarannya. Jika tidak benar, engkau tunjukkanlah ketidakbenarannya dan engkau berilah pelajaran buat mereka.
Dipendekkan cerita, cerita itu sampai di situ sahaja. Sehabis PT3, mereka telah diminta untuk terus kembali ke rumah, tidak terlibat dengan program pasca PT3. Aku tiada mahu menghurai sepanjang dan selengkapnya. Tapi aku yakin, kamu semua boleh melihat sejauh mana keadilan diberikan pada mereka yang teraniaya, kan?
Entri kali ini pengisiannya cukup sederhana. Sebab kenapa seorang Muslim beriman pada Hari Akhirat. Kerana kami percaya bahawasanya dunia ini bersifat fana dan sementara. Kata Dr Zakir Naik, apabila seorang pembunuh membunuh 100 orang, hukuman paling berat yang boleh diberikan kepadanya adalah hukuman ke tali gantung. Lalu bagaimana dengan 99 nyawa yang lain? Akankah ada keadilan untuk mereka? Oleh sebab itu wujudnya hari akhirat. Untuk memberi keadilan kepada mereka yang teraniaya dan diperdaya membabi buta.
Pendek kata, dunia sentiasa menjadi penjara untuk orang yang teraniaya. Kebatilan semakin berleluasa dan bermaharajalela. Tak banyak kita punya, selain senjata berbentuk doa, ditadahkan kepada Allah Azzawajalla. Salam.
Sepa abg senior tu🤔
ReplyDeleteKau rasa siapa?
DeleteWow. Nice sis. Ending dia aku suka yg nda kena suruh join tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hahahaha
Delete🔥🔥🔥
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteWahhh .. menarik ou perkongsian kau ni KD. Ak terpegun dengan gaya bahasa kau. 😍 Isi tersurat dan tersirat pun boleh difahami dengan baik. Teruskan penulisan, dan aku pun mau belajar dari kau. Hihi
ReplyDeleteTerima kasih banyak.. Belum boleh lagi digurukan. Molek lah kita cari guru yang tepat sama sama deh. Hahaha
Delete