Keempat: Layla Majnun
Hai gais. Salam Sabtu. Jadi hari ini aku sempat "curi" masa untuk tonton sebuah movie baru. Terkenal juga namanya, Layla Majnun.
Pertama sekali apabila trailer movie ni aku TERtengok di Twitter, aku excited. Sebab aku suka kedua-dua pelakon dan watak utamanya. Acha Septriasa, aku sangat adore pembawaan watak ketika dia berlakon jadi Hanum Salsabiela Rais dalam filem 99 Cahaya di Langit Eropa while Reza Rahadian, siapa tidak kenal kan. Pemeran watak utama B.J. Habibie dalam filem terkenal yang mengisahkan kehidupan bekas Presiden Indonesia, Pak Bacharuddin Jusuf Habibie. Jadi sebab kedua-dua pelakon ini jadi watak utama dalam filem Layla Majnun, im kinda excited. Uwu.
Tbh, apabila movie ni mula-mula tayang di Netflix. Aku sempat juga tengok tweet-tweet orang di Twitter. Ada yang cakap, filem ni macam dokumentari Azerbaijan la, ada yang cakap ending filem ni cuma ada di movie la, nda kurang juga yang bash cakap itu ini. Dalam hati aku, aku lalukan saja, sekadar mahu tahu apa impression orang tentang movie ini. Tapi walau orang cakap itu ini, aku tetap mahu tengok juga. Sebab apa?
Sebab aku memang sudah jatuh cinta dengan istilah Layla Majnun tu sendiri. Layla Majnun ni biasanya kita well-known sebagai istilah romantik untuk pasangan yang bercinta, macam Uda & Dara. Jadi first impression aku, mesti ceritanya tidak akan lari daripada kisah romantis. Cuma, akankah cerita romantis yang dibawa dalam movie ini akan jadi cringe? Meh baca sampai habis, bismillah.
Bagi aku, tema dan persoalan dalam movie ini cukup bagus. Sebab movie ini sendiri diadaptasi daripada sebuah novel karya Nizami Ganjavi, seorang penyair yang terkenal di Persia (Iran) situ. Lagipula, Layla Majnun memang adaptasi daripada cerita sebenar, cerita seorang gadis bernama Layla yang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bernama Qays ibn al-Mullawah.
So dipendekkan cerita dalam movie ni, Layla Mashabi (Acha Septriasa), seorang anak yatim kehilangan bapa, dipelihara orang ibu dan pakciknya. Dia gadis pintar & jadi cikgu Bahasa Indonesia di sekolah dia. Itulah penghayatan dia terhadap nilai seni dan budaya Indonesia cukup tinggi. Jadi dia telah diterima untuk jadi pensyarah undangan ke Azerbaijan. Tapi pada masa yang sama, dia diminta untuk menikah dengan Ibnu Salam (Baim Wong), calon Bupati di kawasan dia. Bupati ni kira macam pemerintah begitulah. Sebab Bupati ni kan pemerintah, jadi pemerintah kena ada isteri yang pintar, cantik dan sempurna dalam segala hal.
Jadi, Layla telah meminta kebenaran dengan Ibnu untuk pergi ke Azerbaijan selama dua minggu untuk jadi pensyarah. Ibnu benarkan sambil dia sibuk buat persiapan nikah di Indonesia.
2 minggu di Azerbaijan, sebenarnya cukup singkat, tapi cukup bermakna dan jadi turning point terpenting dalam hidup Layla. Dia bertemu dengan Samir Assadzadeh (Reza Rahadian), anak murid dia merangkap peminat Layla, sebab Layla ni penulis buku.
2 minggu inilah, cinta mula berputik secara langsung dalam diri Samir dan Layla. Layla dalam dilema, dia faham dia kena menikah dengan Ibnu, tapi pada masa yang sama dia sebenarnya tidak suka dinikahkan dengan cara arrange wedding. Bagi dia, cinta adalah kemestian sebelum pernikahan.
Ok aku cerita sampai sini saja. Lebihannya cuba kamu teka dengan tengok movie ni, akankah Samir mendapatkan Layla? Adakah Layla akan memilih untuk teruskan pernikahan dengan Ibnu atau memilih Samir? Atau Layla tidak memilih untuk menikah dengan kedua-dua lelaki ini?
Pendek kata, aku terfikir begini. Filem ini menyentuh tentang falsafah paling asas dalam cinta iaitu hakikat cinta, tidak semestinya semua harus dimiliki dan memiliki. Justeru, siapa kita? Adakah kita seorang yang mahu cinta kerana ingin rasa dimiliki? Atau kita pilih bercinta untuk rasa memiliki? Atau kedua-duanya kita perlukan, dalam usaha untuk jadi insan yang lebih bahagia dan menolak sengsara. Tiada yang pernah menafikan, dengan cinta, kita akan terbang lebih tinggi, lompat lebih jauh & menyelam lebih dalam. Kerana cinta, adalah highbooster alami yang Tuhan kurniakan kepada kita.
Kerana itulah, letakkanlah cinta pada tempat yang sewajarnya, pada kadar yang seperlunya & pada insan yang sepatutnya. Kerana pada hakikatnya, cinta yang sewajibnya adalah cinta yang membawa kita lebih dekat dengan-Nya.
Salam petang. Mohon maaf mana kurang. Wallahualam.
Comments
Post a Comment