Pertama: Hari Buruk
Hi Semua. Assalamualaikum.
First time buat entri di blog. Tbh, aku pun tidak tahu sejauh mana aku akan istiqamah tulis entri di sini. Tapi sebab hari ni hari buruk. Maka aku sahut cabaran untuk keluar dari zona nyamanku. Mula menulis di sini.
Aku ingat tahun lepas. Hari terburukku juga. Mungkin nampak klise dan lucu pada pandangan kebanyakan orang. Tapi untuk orang naif macam aku, ditolak crush adalah satu benda yang menyakitkan. Ditolak dengan baik juga sebenarnya, dan dia lanjut kepada insan yang lebih baik agamanya. Aku pun, terima saja, tiada apa yang perlu dipaksa jika memang sudah tiada rasa di atma.
Pada hari itu, buruk suasana hatiku. Jadi aku teringat kawanku balik-balik pujuk. "KD, apa kata kau buat Twitter. Bagus tu." Lama aku berfikir pujukan dia ni. Dan rupanya, pada hari terburuk tu, aku rangkul pujukan dia. Aku wujudkan impian untuk sign up Twitter. Dan sejak hari ini, aku banyak dapat manfaat daripada Twitter. Buka mata aku juga tengok macam mana dunia ni sekarang. Sebab dunia pada masa pandemik ni, hanya sebatas skrin. Jadi melalui skrin itulah, aku boleh explore dunia. Dan salah satunya melalui Twitter.
Jadi, untuk ex crush aku. Terima kasih. Tindakanmu telah buat aku selangkah melewati zona nyaman. Moga jadi sedekah jariah untukmu, sebab tolakku. Ironis kan dunia ni? Tapi biarlah, bukan semua perkara menyakitkan perlu dibalas dengan hal menyakitkan juga. Hahaha.
Hari ini pun hari buruk juga. Aku tidak tahu la mahu describe macam mana. Tapi memang suasana hatiku tidak berapa sesuai untuk buat apa-apa benda. Terlalu banyak hal menghimpit otakku, baik kiri kanan atas dan bawah. Jadi untuk keluar daripada kepompong masalah tidak berpenghabisan ini, seorang kawanku lagi pernah ajak. "KD, apa kata kau tulis blog? Kau kan suka mencoret.." Sebab dulu aku tolak mentah-mentah. Lol siapa mau baca coretanku ni. Tapi sebab hari ini hari buruk. Maka kita cuba keluar dari zona nyaman. Rangkul ajakannya dengan hati terbuka.
Bismillah, Moga Allah Permudahkan, Kesemuanya.
Semoga Allah permudahkan segala kesukaran. Semoga ada sinar di setiap perjalanan yang dilalui. Amin
ReplyDeleteTerima kasihhh :)) Aamiin ya rabb
Deletesemoga khairul daniel ditolak crush kali kedua
ReplyDeleteJangan expose diri anda. Saya tahu anda siapa.
DeleteBoleh tu KD, kasi up. Serius bah kena reject crush😭? Kah ada hidden meaning ni?
ReplyDeleteHahaha. Tiada maksud tersirat tu. Itulah yang tersurat.
DeleteIt's okay.. kelak akan dipertemukan dengan seseorang di titik yg terbaik menurut takdir
ReplyDeleteAamiin.. Terima kasih banyak atas doanya.
DeleteKD.. Lumpuhkanlah kenangan ini, dan hapuskan segala mimpi tentangnya.. betul jua ka lirik lagu ak ni. Semoga Qowiy KD !!!!
ReplyDeleteTerima kasih banyak akhir. Lots of love 🥳🥳
DeleteSuatu langkah yang berani, amat mengagumkan. Ditolak jauh dari crush, semakin ditarik dekat kepada tuhan. Subhanallah!
ReplyDelete