Kelapan: Pengalaman Jadi JPP (Part 2)
Hi semua. Hari ini (16/3/2021), jadi saksi media sosial dipenuhi dengan poster-poster calon-calon yang bertanding untuk Pilihanraya Kampus Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk sesi 2021/2022. Oleh itu, ada baiknya aku noktahkan coretan pengalaman setahun bergelar ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi sebelum ini, sesi 2020/2021.
Ok, mari kita mula... Di mana kita berhenti hari tu ya?
Oh...
Hari Pengundian & Keputusan Pilihanraya.
Hari ini rasanya hari khamis juga. Sebab aku ingat semua pelajar pakai baju sukan time tu. Jadi kebetulan tempat mengundi sangat dekat dengan asrama Jati. Jadi lepas turun asrama, terus mengundi. Mengundi tu ndalah lama. Sekejap ja, pangkah-pangkah calon yang rasa benar-benar layak. Keluar dari meja mengundi dan bergerak ke balai rekreasi untuk masukkan kertas undi ke dalam balang. Sempat jugalah mengira calon yang dipangkah, risau terlebih, nanti jadi undi rosak, kasihan.
Proses tu berlangsung tidak lama. Selepas itu aku terus bergerak ke kelas. Tbh aku lupa sudah apa yang berlaku ketika itu, aku nervous ka tidak... Macam tidak, sebab aku lupa. Hahahaha. Okay dipendekkan cerita. Mahu masuk waktu zohor.
Jadi aku bergerak ke Masjid. Ambil wudhu. Then dalam perjalanan masuk ke dewan solat, orang salam aku seraya ucap tahniah. Aku terkedu, aku ndamau salam dia time tu. Bukan sebab aku sombong, tapi aku malu. Aku tahu dia ucap tahniah sebab apa. Dalam hati aku time tu, bercampur-baur. Aku ndatau mau happy ka tidak. Tapi pastinya, hari itu jadi hari yang cukup penting dalam kehidupan aku, menukar corak kehidupan aku selama hampir setahun.
Usai solat, aku kembali ke kelas. Satu kelas tepuk tangan dan ucap tahniah. Aku tak lambat, kebetulan aku membentang petang tu. Aku terus berdiri di depan kelas dan cakap. "Guys, terima kasih sebab undi dan bagi kepercayaan dengan aku. Begini, sepanjang aku pegang jawatan ni. Kalau aku buat salah, kamu tegur ja aku. Kalau aku buat benda yang kamu rasa betul, tolong support dan sentiasa berada di belakang aku ya."
Nampak macam cringe, tapi aku pun ndatau kenapa aku dilantik dan kenapa aku ditakdirkan dilantik.
Ini ada suatu cerita, jadi aku sempatlah tengok senarai undi-undi untuk setiap calon. Sebab calon AMM ramai, maka 20 undi tertinggi saja yang terpilih. Aku tengoklah undian aku di senarai yang keberapa. Periksa punya periksa. Undi aku 271 dan dibulatkan angka 20 di tepi kertas undi aku. While calon selepas aku, undinya 270. Maknanya apa?
Maknanya antara banyak calon AMM yang bertanding, Allah takdirkan aku jadi JPP.. Dengan kelebihan satu undi di belakang pelajar yang 21. Allahu, dalam hati. Ini bukan kebetulan tapi memang suratan takdir.
Stop di situ, mari kita recall pengalaman selepas dilantik. Seusai tabur janji & dibagi kepercayaan untuk pegang mandat, so what next?
Setahun jadi JPP
Setahun jadi JPP, ianya bukanlah suatu benda yang boleh dibilang manis semua. Orang bilang, kau baru mau mula langkah pertama, maka atas dasar harmonikan suasana kampus, apa kau mau bicara?
Jadi banyak juga program-program kecil dibuat... Sebab bagi aku, aku kan masih mentah dalam dunia ini. Jadi aku fokus program-program kecil.. Supaya orang tahu, wakil pelajar buat kerja dan tidak goyang kaki. Sekilas pandang, benda begini nampak macam cuba riakkan diri tunjuk diri function. Tapi sebenarnya, kalau kita terbalikkan situasi dan cara baca, daripada kita sibuk orang cakap "Ih dia tu trep function lagi, itu lagi more more better than kena herdik "Lol, dia tu JPP ka? Kenapa aku nda pernah nampak dia function?
Kenapa kata-kata begitu lahir? Sebab bila orang undi, orang sentiasa bagi kepercayaan kepada orang yang diundi untuk beri sesuatu kepada komuniti balik. Oleh sebab itu, orang kecewa, tidak sesuai ekspektasi dan wujudlah kecaman-kecaman seperti itu. Dalam konteks makro, ada saja Ahli Parlimen yang tidak buat kerja, maka tidak lekang kecaman-kecaman rakyat kerana kecewa, sebab mereka diharap mampu bagi sesuatu kepada rakyat, insan yang selalu jadi mangsa tersepit di celah-celah dasar-dasar mengelirukan dan tidak berperikemanusiaan sebilangan pihak.
Refleksi
Hakikatnya memegang amanah bukanlah suatu benda yang senang. Aku pernah nangis di masjid seusai dilantik jadi Badan Kepimpinan Pelajar ketika sekolah menengah dulu. Dengan mic aku pegang, aku tersedu-sedan tidak mampu menghabiskan bicara. Sebab apa? Sebab bagi aku ketika itu memegang amanah cukup berat & bukan benda mudah.
Ingatkan memegang amanah ni, kita boleh ubah dunia. Daripada suatu keadaan yang selalu bergelumang masalah kepada indah sentiasa, tidak. Kita bukan superman atau batman, si superhero. Kita cuma wakil pelajar, yang ada mandat untuk jadi pemudahcara, penghubung utama pihak pengurusan, pensyarah, HEP dengan pelajar, selaku orang yang bagi kepercayaan untuk kita jalankan tugas.
Sepatah dua kata terakhir, saya doakan yang terbaik buat calon-calon JPP yang bertanding untuk sesi 21/22. Ikhlaskan niat untuk bantu pelajar. Semoga saja dengan terlantiknya dan terbentuknya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Baharu, maka JPP akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai sebuah badan kepimpinan yang menjadi tonggak menyuarakan hak-hak pelajar.
Akhir kata, kami sentiasa diingatkan untuk menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul, oleh itu JPP Sesi Baharu yang bakal dilantik, we count on you! :)
Selamat berkempen secara sihat! Selamat bermanifesto! Semoga kejayaan, milik anda semua. Aamiin.
Comments
Post a Comment