Kelima: Perjalanan Jadi JPP (Part 1)

 Hi semua! Bertemu lagi kita pada entri yang seterusnya. Tbh, entri ini adalah entri sharing, fokusnya tentang perkongsian perjalanan dan pengalaman jadi JPP. Jadi kalau ada bahasa-bahasa yang nampak macam untuk membangga diri atau riak atau ujub atau takbur, aku dahulukan penulisan aku pada kali ini dengan sesi mohon ampun salah silap, harap semuanya dihalalkan. 

Lets go.


Sehari sebelum penamaan calon

Hari ini adalah hari yang cukup penting. Semua bakal JPP sibuk mencari dua orang untuk membolehkan mereka disahkan bertanding. Satu, Unit Peperiksaan. Dua, Unit Disiplin di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. 3 orang classmateku yang akan bertanding sudah sibuk bercakap-cakap perancangan mereka menemui kedua-dua insan tu untuk dapatkan tandatangan. Manakala aku, masih dilema. Bertanding atau tidak? Dalam hatiku ada suatu suara kuat suruh bertanding, tapi aku masih belum prepare. Dan sebenar-benarnya, ketika itu aku masih belum tahu kenapa aku ikut-ikut bertanding. Macam ada sesuatu tapi aku buntu & keliru. 

Jadi dipendekkan cerita, gap kelas tengah hari, aku turun pergi asrama untuk print borang pencalonan. Apabila sampai saja di Kabin (hampir sampai ke asrama dan sudah jauh dari kelas), aku baru perasan aku tertinggal kunci bilik. Aku baru teringat untuk patah balik. Pusing ke belakang sambil marah diri sendiri. Sudahlah panas, terpaksa lagi panjat tangga-tangga tu balik.

Tiba-tiba seorang kawanku lalu di Balai Rekreasi, Azuwan namanya. Aku pun kira rapat dengan dia terus minta tolong print borang pencalonan tu. Usai solat Zohor dan print borang, kami pun cuba cari Pegawai Unit Disiplin di Jabatan HEP, tiada. Risau sudah ni esok bertanding belum ada pengesahan. End up biar saja dulu part Unit Disiplin tu tidak berisi & aku terus menaiki tangga ke Unit Peperiksaan untuk minta pengesahan dari Pegawai Unit Peperiksaan.


Hari Penamaan Calon

Sebenarnya aku lupa hari penamaan calon ni hari apa, cuma aku rasa ini hari Khamis. Sebab time tiada kelas. So gap tiada kelas tu boleh digunapakai untuk hari penamaan calon. 

Hari Penamaan Calon tu dijalankan pagi. Setiap calon bertanding perlu membawa pencadang dan penyokongnya. Ketika orang lain sudah sibuk berbaju batik & ditemani oleh penyokong dan pencadang masing-masing. Aku buka pintu bilik dan terus aku ditegur "Eh KD, belum bersiap lagi?" 

Aku pun terasa something. Biasanya aku akan kalut dengan sergahan atau ucapan begitu. Ya lah, sebab patutnya aku bangun awal lagi, bersiap awal lagi sebab aku belum ada pengesahan Unit Disiplin. Sebab aku dengar pegawai Unit Disiplin akan berada di Balai Rekreasi nanti, jadi bolehlah aku tebalkan muka minta pengesahan sebelum duduk depan ajk SPRK untuk menamakan diri sebagai calon JPP.

Sepanjang mandi & bersiap aku terfikir sekali lagi, "KD, betul ka apa kau buat ni? Betul kau mau bertanding?" Ketika itu aku masih dua hati sebenarnya. Tapi likewise aku cakap, macam ada sesuatu yang buat aku terus ada kudrat untuk butang bajuku sampai bawah, pakai stokin, nametag, kad matrik dan hayun kaki menuruni tangga untuk terus ke balai rekreasi. Macam ada sesuatu...

Apabila tiba di balai rekreasi, aku tengok ramai sudah orang. Aku pun bingung mau berada di mana, buat apa & bagaimana. Niatku hanya satu ketika itu, cari Unit Disiplin untuk dapatkan tandatangan. Syukurlah beliau ada time tu. Ada juga barisan pelajar minta tandatangan daripada beliau, maksudnya bukan aku seorang yang belum minta pengesahan. Oh rupanya...

Selesai mendaftar dengan ajk SPRK. Maka bermulalah tempoh, penyampaian manifesto & sesi memancing undi warga kampus sambil tunjukkan, "Ya sayalah JPP anda, saya boleh bawa suara pelajar ke pihak atasan."


Penyampaian Manifesto 

Hari ini tiba juga akhirnya. Satu hari yang cukup penting untuk calon wakil pelajar untuk tunjukkan kepada siswa guru yang lain, apa hala tuju yang mereka akan lakukan apabila dipilih sebagai wakil pelajar kelak. Masa yang diperuntukkan untuk setiap calon bermanifesto cuma 2 minit. Ditambah dengan penjaga masa di belakang kami, maka tak lain tak bukan. Yang kami sampaikan perlu padat pada kadar yang cepat. 

Tbh aku lupa sebenarnya berapa ramai yang bertanding untuk kerusi AMT & AMM. Oh ya, dalam JPP ada dua kerusi, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) & Ahli Majlis Mesyuarat (AMM). AMT ni terdiri daripada 7 orang yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua hinggalah ke Timbalan Bendahari, manakala AMM ni terdiri daripada 10 biro yang dianggotai 2 orang setiap biro. Aku bertanding untuk AMM, sebab time tu aku masih pelajar PP, kira macam masih baru dan mentah dalam memahami suasana kampus. Tbh disebalik kementahan aku itulah, "suara" itu juga yang bawa aku sehingga masih mampu berdiri ketika hari penyampaian manifesto.

Dipendekkan cerita, giliran aku lagi menyampaikan manifesto.Tbh hari itu aku kurang prepare daripada segi mental,  memang ada skripku dalam telefon. Dan aku risau kalau aku terlebih 2 minit sebab boleh tahan banyak aku mau cakap (aku rasa). Apa tidak, manifesto saja ada empat, ditambah lagi salutasi dan penutup. Dalam kepala aku, "ya allah kd, sempat ka juga kau bercakap semua ni nanti."

Bila aku pegang mic, aku berdiri di hadapan semua siswa guru Gaya yang lain (except yang calon JPP, dorang di belakang aku). Aku dengar classmateku berteriak di belakang. "KD,KD!" Aku terharu ada juga yang sokong aku, thankyou! (Dalam hati aku). Siswa lain masih belum familiar, dengan aku. Mungkin dalam fikiran dorang, siapa juga student kecik yang betanding mahu jadi JPP ni. Hahaha. 

Aku berdiri, tarik nafas dan letak telefon aku dalam poket. Peduli la kalau lupa apa aku mau cakap. Bismillah. 

2 minit ini paling getir pada hari itu. Aku nda kira masa, jadi aku cakap ja 4 manifesto aku. Siapa ingat JERI, itulah konon manifesto aku. Pastu aku tutup dengan slogan yang aku perjuangkan, aku lupa suda tbh. Oh ya, "Menjulang demokrasi, siswa guru rintis reformasi. Lepastu time aku sibuk sampaikan manifesto di depan, aku dengar juga suara-suara cakap " Uish laju juga dia bercakap." Aku mau balas tapi aku takut aku nda sempat mahu habiskan apa aku mau cakap. End up aku teruskan ja habiskan sampai ke perkataan terakhir apa aku mau cakap. Habis ja perkataan terakhir, terus "TING".

Ya Allah, time tu Allah ja tau betapa bersyukurnya aku dapat habiskan 2 minit tu tepat-tepat. Tiada merepek meraban sebut benda lain & terus straight to the point. Alhamdulillah untuk hari tu. Aku rasa berterima kasih kepada Yang Maha Esa, sebab aku boleh sampaikan apa yang aku sudah sibuk rangka 1-2 hari sebelum. Tiada tertinggal satu pun, Alhamdulillah Ala Kulli Hal

Bersambung............

Comments

  1. Hm... Terus ak teringat kisah-kisah itu. Nostalgia. KD! Kau sudah buat yang terbaik sepanjang memegang jawatan dalam Biro Akademik, Tahniah! Semoga menjadi amal jariah kelak, Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih banyak wak... Semoga dipermudahkan urusan bertanding nanti. Eh. Hahaha

      Delete
  2. Ahahaha mantap bang mantull

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketujuh Belas: Kembali Lebih Kuat, Semua.

Kelapan Belas: Perlahan, Sampai Tujuan

FLY HIGH EDUCATION CENTRE PILIHAN NO.1 PELAJAR UPKK, PSRA & PKSK