Kesembilan: 20 Tahun, Apa Ibrah Perdana?
Hi gais. Assalamualaikum. Salam Petang 28 Mac 2021. Sebenarnya aku dalam kesibukan amat mahu siapkan assignment. Tapi aku mahu berehat kejap, sebab dari pagi yang berada di kepalaku adalah blog, blog & blog. Write something KD! Bisik hati kecilku. Disebabkan medan penulisan adalah medan lari daripada segala kesibukan duniawi, maka here I am. Jemput baca sampai habis.
Jadi hari ini tajuk kita cukup ringkas. 20 Tahun, Apa Ibrah Perdana? Sekali pandang macam wow betul tajuk dia. Sebenarnya dalam bahasa mudahnya, 20 tahun bergelar manusia, Hamba Allah & Khalifah di dunia, apa pengajaran paling besar yang boleh kau share dalam penulisan kali ini?
Ok bismillah. Ibrah perdana? Mari kita mula dengan satu slogan mudah lah. Bunyinya, "Apabila kita buat sesuatu benda yang bawa kebaikan kepada orang, bawa kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Jangan pernah expect orang akan bagi benda yang sama."
Aku belajar Sejarah. Yang paling aku highlight dalam sejarah adalah pengulangan. Satu kerajaan, berdiri, zaman gemilang, zaman kemunduran, runtuh. Berdiri lagi satu kerajaan, zaman gemilang, zaman kemunduran, jatuh. Begitulah sejarah, mereka yang tidak mengingat sejarah lampau, akan mengulang kembali apa yang sudah pernah dilakukan oleh generasi terdahulu.
Ok tolak tepilah perbincangan makro daripada konteks sejarah. Mari kita bincang dalam konteks mikro. Konteks lebih kecil yang berkaitan dengan diri aku sendiri. Aku masih ingat pertama kali jejakkan kaki time F1. Aku mendaftar lambat sebab lambat memohon. Time tahun 6 aku tiada mohon masuk sekolah agama. End up masuk f1, aku sempat sekolah di sekolah biasa dan ibu bapaku lah yang urus manual masuk sekolah agama.
Jadi masuklah aku di sekolah agama. 15-20 minit dari rumah. Masuk asrama, semua ahli bilik tengok aku. Aku takut, aku risau sebab aku tau aku paling kecil di bilik tu. Biasalah, f1, paling kecil lagi. Apa lagi dalam fikiran, mesti kena buli. CIS! Tapi Alhamdulillah, sepanjang beberapa bulan aku menyesuaikan diri, pembulian tiadalah dalam bilik. Sebab ada abang sepupuku. Siap dia cakap begini lagi sama aku, hari ini aku tidur dengan kau. Nanti kau kena kacau tu. Aku pun iyakan saja.
Di asrama selesai.
Mari kita cerita di kelas. Di kelas, aku masuk kelas Fatimah Az-Zahra. Kelas ni kelas tengah. Bukan juga kelas paling depan, bukan juga kelas belakang. Jadi aku masuk juga dengan title student paling kecil. Aku expect ja have courage & be kind dalam kehidupan. Tapi end up....................... Aku kena malukan depan rakan sekelasku yang lain. Dipermalukan bukan daripada segi perkataan, tapi dari segi perbuatan & perlakuan.
The moment aku kena malukan. Aku cukup malu. End up aku guna talian hayat. Call parents aku. Parents aku jumpa pelaku tu. Selepas tu dia nda lagi kacau aku. Aku dan dia bermaafan. Tapi kesilapan dan kekhilafan yang dia pernah lakukan, aku ndakan pernah lupakan. Bukan sebab aku berdendam, tapi aku ambil pengajaran yang benda ni Khairul Daniel, kalau kau nda waspada. Akan jadi balik dengan kau, semula.
Berbalik dengan slogan buat baik, jangan harap dibalas baik. Aku rasa ja banyak benda begini dalam kehidupan aku. Setiap orang ada ujian masing-masing. Bagi aku boleh jadi ujian itu ujian paling berat, tapi apabila aku cerita dengan orang, orang boleh ja cakap, MEEHHHHHHH. Apa juga masalah kau ni. Kecil ja ba ni.
Sebab itu aku kunci mulut untuk cerita masalahku dengan manusia randomly. Sebab kegagalan mereka meletakkan diri dengan apa yang aku rasa, menyebabkan ekspektasi aku merudum. Susah juga kan mau percaya orang, kalau sekali sudah kena pecah kaca percaya yang kita jaga dengan sebaiknya?
Tapi aku ingat ja pesanan mama aku time dia lawat aku dulu. Time tu aku sedih betul kenapa orang selalu buat jahat dengan aku. Pada pandangan aku dulu, aku cuba jadi versi terbaik diri aku. Tapi kenapa madu dibalas tuba? Sambil aku seka air mata time tu, ibu menatapku kasihan. Dia bagi aku pesan, "Biar orang buat jahat dengan kita, tapi kita jangan pernah buat jahat dengan orang."
Semenjak hari itu, aku dapat semangat yang cukup besar untuk tangkis segala hal lewah di kiri, kanan, belakang & depan aku. The moment orang calit tahi dengan aku, selagi aku boleh sabar. Aku lap balik pakai tisu dan basuh muka aku. Oh ya pakai perfume balik supaya bau tu hilang.
Tapi aku 20 tahun, belia ke dewasa. Jadi bila orang calit tahi, bukan aku calit tahi balik. Tapi bagi dia pembalasan paaaaaaaaling manis. Apa dia?
Bersambung.
Comments
Post a Comment