Ketujuh: Tekad Bulat
Macam yang kamu semua lihat, itu Majalah UFUK. Majalah yang pernah diterbitkan dulu di SMKA Tun Datu Mustapha. Tempat aku sambung pengajian menengah. Kadang rasa pelik juga, nda sangka habis juga 5 tahun di situ. Walaupun nda pernah terfikir mahu sambung pengajian menengah di sekolah agama, tapi takdir dan rezeki Allah tidak pernah salah alamat. 5 tahun, alhamdulillah selesai.
Jadi tadi sibuk scroll tengok wajah guru-guru sepanjang aku bergelar pelajar dulu. Banyak sudah yang pindah, bersara etc. Ada lagi cikgu-cikgu legend. Memang aku respect sama doranglah. Tapi tbh aku respect juga sama cikgu-cikgu yang lain. Siapa ja tidak respect cikgu, sang pemberi ilmu. Pembuka kunci pengetahuan, insyallah.
Antara banyak-banyak cikgu yang aku tengok tadi, aku ternampak sosok seorang guru. Bekas cikgu Sains aku, Cikgu Ruliah. Kenapa antara banyak-banyak cikgu, aku mahu cerita cikgu Ruliah? Mari kita baca sampai habis.
Cikgu Ruliah ni cikgu Sains aku time tingkatan 2 dan 3. Tapi tingkatan 3 beliau tidak sempat ajar sampai habis PT3, sebab beliau bersara sudah. Ngam-ngamlah kami batch last beliau ajar. Sedih juga sebenarnya. Sampai aku sempat teriak time beliau kena arak naik kereta time majlis persaraannya. "Cikgu doakan kami cikgu." Cikgu yang time tu sibuk melambai di luar kereta. Mengangguk dengar teriakan aku (aku rasa). Hahaha. Alhamdulillah.
Ok sebenarnya bukan itu aku mau cerita. Aku mahu cerita satu peristiwa yang aku semat dalam hati, aku ndakan lupa sampai mati.
Masuk Form 3, aku masih kekal kelas Khadijah Al-Kubra. Kira kelas targetla untuk PT3. Jadi biasalah kelas pertama, guru sentiasa akan usaha bagi yang terbaik kepada pelajar. Maksud aku bukanlah cikgu tidak bagi yang terbaik kepada pelajar kelas lain, bukan. Cuma sebab pendidikan di Malaysia agak exam oriented, jadi pelajar kelas depan selalu dibagi penekanan untuk capai KPI itu ini. (Disclaimer ini pendapat peribadi, mohon jangan kecam).
Jadinya, kelas Cikgu Ruliah ni diadakan di Makmal. Jadi bergerak la kami sekelas ke Makmal. Awal-awal tahun juga tu, belajar tentang aliran oksigen dalam jantung kalau aku nda silap. Jadi cikgu bagilah penerangan di depan, aku lagi duduk paling depan. Sekali habis penerangan, cikgu bagi kami masa untuk berbincang untuk membentang di depan. Aku time tu bertiga or berempat, aku lupa dengan siapa kecuali aku ingat Julhasri, sifu Matematik & Sainsku, merangkap penepuk bahu ketika aku 'memancing' di kelas. Hahaha.
Tbh, aku masih nda faham penerangan cikgu. Jadi ketika cikgu datang ke meja kami. Aku minta cikgu terangkan. Cikgu terangkan bersungguh-sungguh. Aku cuba mengangguk, tanda faham. Tapi sebenar-benar-benarnya, aku masih tidak faham. Jadi wujudlah kesepakatan. "Jul, kau berdiri sebelah aku, kau bagitau aku apa yang mau dicakap, aku bentang." Sebab si Jul sporting, dia layan ja la permintaan aku ni kunun.
Jadi terjadilah peristiwa. Jul bagi info, aku membentang. Konon la aku membentang atas tiket suara besar dan jelas time membentang. Sampailah.....
"Bagus bagi Jul ja membentang."
Kata seorang rakan sekelasku di belakang. Dia tidak berteriak. Tapi suaranya cukup terdengar di gegendang telingaku.
Aku malu. Jatuh air mukaku. Jadi lantas aku serahkan sesi pembentangan dengan Jul dan rakan-rakan yang lain.
Semenjak hari itu, berkat malu, Allah bagi aku kesedaran. Aku ndamau terus dimalukan begitu. Jadi aku tekad, aku kena juga tambah ilmu pengetahuan. At least bukan untuk orang lain, untuk diri aku sendiri.
Jadi apabila kadang aku terfikir untuk menyerah, aku akan ingat balik kejadian memalukan itu. Ya, kali ini bukan untuk buka aib aku sendiri. Benda tu lama sudah terjadi, sekitar 5 tahun lalu. Tapi aku mahu kamu, rakan-rakan & pembaca yang aku sayangi, belajarlah. Tekad dalam hati, setiap hari.. Aku mesti belajar sesuatu ilmu baru. Dan pastikan ilmu itu ilmu yang benar-benar sahih. Bukan yang kita main cedok hasil daripada dengar cerita-cerita kosong saja.
Sampai ke hari ini aku sedar satu perkara. Ada kebolehan untuk bercakap saja, tanpa ilmu dan pengetahuan pun tiada guna. In order to be a good teacher, maka ilmu dan pengetahuan itu perlu disemat dalam dada. Supaya kelak kita masuk ke kelas, kita tahu anak murid ini kita mahu buat acuan bagaimana. Adakah nilai akademik saja? Atau adab dan moral diterapkan bersama? Dan bagaimana pula penghayatan agama? Pendeknya, semua guru kena implementasikan, dalam sesi pdp di dalam kelas.
Dan kemudian aku teringat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Satu hasrat pendidikan. Usaha murni untuk bentuk pelajar. Rupanya bukan senang jadi guru. Oleh sebab itu, wahai anak-anak murid & insan yang menuntut ilmu.. Marilah kita bersama-sama jadi penuntut ilmu yang penuh dengan adab dan tawadhuk kepada guru kita.
Sekian. Wallahualam. Selamat Malam. Sebelum tidur jangan lupa ambil wudhu.

Alhamdulillah
ReplyDelete