Kelima Belas: Juang
Salam Hari Ke 364. Hari Jumaat. Hari Berkah. Hari Mulia. Tiada pula yang menyangka hari ini air mata tumpah lagi. Sebagai seorang lelaki, kadang orang anggap jengkel bila kami mula menghargai perasaan kami sendiri. Seolah seorang lelaki lagaknya cuma perlu sasa dan perkasa selama. Al-maklumlah, pelindung kaum hawa. Tapi jujur, sekeras-keras lelaki, ada sisi lembut dan fragile yang membuatkan lelaki terasa perlu melindungkan diri pada saat-saat tertentu. Entah daripada ancaman apapun. Sebab itu seorang lelaki kadang punya saat dimana dia harus sendiri. Meladeni perasaan diri. Cukup. 2022. Entah ini refleksi akhir atau separa akhir. Tapi sepanjang 363 hari ditakdir Ilahi hidup sehingga ke saat ini, ku simpulkan tahun ini sebagai tahun juang . Benar. Tahun ini ku tak meraih sebegitu banyak pencapaian yang boleh dibanggakan ramai orang. Penglibatan buat kali kedua dalam Syarahan, belum d...