Kesembilan: 20 Tahun, Apa Ibrah Perdana?
Hi gais. Assalamualaikum. Salam Petang 28 Mac 2021. Sebenarnya aku dalam kesibukan amat mahu siapkan assignment . Tapi aku mahu berehat kejap, sebab dari pagi yang berada di kepalaku adalah blog, blog & blog. Write something KD! Bisik hati kecilku. Disebabkan medan penulisan adalah medan lari daripada segala kesibukan duniawi, maka here I am. Jemput baca sampai habis. Jadi hari ini tajuk kita cukup ringkas. 20 Tahun, Apa Ibrah Perdana? Sekali pandang macam wow betul tajuk dia. Sebenarnya dalam bahasa mudahnya, 20 tahun bergelar manusia, Hamba Allah & Khalifah di dunia, apa pengajaran paling besar yang boleh kau share dalam penulisan kali ini? Ok bismillah. Ibrah perdana? Mari kita mula dengan satu slogan mudah lah. Bunyinya, "Apabila kita buat sesuatu benda yang bawa kebaikan kepada orang, bawa kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Jangan pernah expect orang akan bagi benda yang sama." Aku belajar Sejarah. Yang paling aku highlight dalam sejarah adalah pengulangan. S...