Posts

FLY HIGH EDUCATION CENTRE PILIHAN NO.1 PELAJAR UPKK, PSRA & PKSK

  FLY HIGH EDUCATION CENTRE PILIHAN NO.1 PELAJAR UPKK, PSRA & PKSK OLEH: KHAIRUL DANIEL BIN MOHD ZAINIE Dalam era pendidikan moden yang penuh persaingan, ibu bapa kini semakin cenderung memilih pusat tuisyen yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, tetapi juga pembangunan sahsiah dan nilai Islam. Seperti peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kejayaan hanya dapat digapai melalui usaha gigih dan bimbingan yang tepat. Inilah asas kepada kejayaan  Fly High Education Centre , sebuah pusat tuisyen terbaik di Shah Alam yang telah menjadi pilihan No.1 pelajar UPKK, PSRA dan PKSK di seluruh Malaysia.        Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penguasaan literasi agama dan akademik merupakan asas penting dalam pembentukan pelajar yang seimbang. Oleh itu,  Fly High Education Centre  menawarkan pendekatan pembelajaran berstruktur dan menyeluruh untuk pelajar sekolah rendah serta menengah renda...

Kelapan Belas: Perlahan, Sampai Tujuan

Hai semua. Tatkala insan sekeliling mula mengorak langkah ke hadapan, kadang aku rasa masih statik di tempat. Macam ketinggalan di belakang. Tapi sungguhkah itu benar berlaku? Katanya. Aku bukan anak panah yang dilepas pasti ke sasaran. Mungkin seorang yang lebih suka hidup perlahan. Bagai seekor siput tua yang membawa rumah di belakangnya, yang berhenti sejenak setiap kali angin bertanya sopan, “Kau mahu ke mana?”  Aku tidak pernah ingin terburu, bukan kerana tidak punya arah. Tetapi kerana aku pernah laju. Sehingga membawaku hilang arah ekoran terlalu banyak tanda. Sewaktu banyak suara yang memanggil aku, aku jadi keliru, mengenal diriku yang sebenarnya. Menjadi perlahan itu, padaku, adalah suatu bentuk perlawanan. Perjalanan panjang dalam dunia yang memuja laju tapi melupakan rasa. Terhadap kehidupan yang menilai pencapaian, bukan dengan tenang yang kita perjuangkan saban malam. Aku tidak ingin menang tanpa tahu apa yang aku harus perjuangkan. Aku mahu berjalan cukup perlahan un...

Ketujuh Belas: Kembali Lebih Kuat, Semua.

Kalau kebelakangan ini kita rasa letih, atau rasa macam hidup makin berat, tidak mengapa. Anda bukan seorang. Ramai antara kita sedang mencuba, perlahan-lahan, untuk kembali jadi diri sendiri. Atau mungkin, versi yang lebih baik daripada sebelum ini. Tahun ini, marilah kita pilih untuk kembali… bukan dengan tergesa-gesa, tapi dengan penuh kesedaran. Kembali dengan hati yang lebih tenang, dengan jiwa yang lebih kuat, dan dengan harapan baru, walaupun kecil. Tidak salah jika kita masih rasa kosong terkadang. Tidak salah juga kalau kita masih belum capai apa yang diimpikan. Yang penting, kita masih di sini. Masih mencuba. Masih melangkah walaupun perlahan. Sedikit demi sedikit. Sebab lama-lama pasti akan jadi bukit. (Cewah). Jaga diri, ya semua? Bukan sekadar tubuh badan, tetapi juga hati dan fikiran. Jangan abaikan kesihatan mental hanya kerana mahu nampak ‘mantul’ di mata orang. Kita tidak perlu kuat setiap masa. Kadang-kadang, rehat pun satu bentuk keberanian untuk diri sendiri Untuk a...

Keenam Belas: Lesu

 Salam petang semua. Semoga semua sihat hendaknya. Aamiin  Rasanya Pencipta yang mengawal semesta telah mengaturkan semuanya buat kita. Entah itu bagaimana, tapi pastinya ia meninggalkan pengajaran dan teladan buat kita hadapi hidup seharian dengan lebih baik.  Tidak sangka baru mula minggu pertama sesi perkuliahan sudah banyak naik turun cubaan dan ujian yang dihadapi. Entah mungkin juga sebab ini baru minggu pertama, jadi semuanya terasa tiba-tiba. Tiba-tiba hidup menyewa, tiba-tiba kelas baharu, tiba-tiba gabung kelas dan tiba-tiba hal cinta-cintun yang dirasa akan tiba lambat lagi telah pun tiba dan perlu dihadapi. Maka benarlah, pada waktu apabila Pencipta katakan, KUN . Maka jadilah ia.  Sejujurnya aku ialah manusia yang paling suka mengelak daripada hidup dalam keadaan yang ramai orang. Bagi aku lebih sedikit manusia di sekelilingku, lebih sedikit drama, masalah dan kerenah orang lain yang perlu aku hadapi. Al-maklumlah, di samping pendiam, aku pun sebenarnya ...

Kelima Belas: Juang

 Salam Hari Ke 364. Hari Jumaat. Hari Berkah. Hari Mulia.      Tiada pula yang menyangka hari ini air mata tumpah lagi. Sebagai seorang lelaki, kadang orang anggap jengkel bila kami mula menghargai perasaan kami sendiri. Seolah seorang lelaki lagaknya cuma perlu sasa dan perkasa selama. Al-maklumlah, pelindung kaum hawa.           Tapi jujur, sekeras-keras lelaki, ada sisi lembut dan fragile yang membuatkan lelaki terasa perlu melindungkan diri pada saat-saat tertentu. Entah daripada ancaman apapun. Sebab itu seorang lelaki kadang punya saat dimana dia harus sendiri. Meladeni perasaan diri.  Cukup.   2022. Entah ini refleksi akhir atau separa akhir. Tapi sepanjang 363 hari ditakdir Ilahi hidup sehingga ke saat ini, ku simpulkan tahun ini sebagai tahun juang .      Benar. Tahun ini ku tak meraih sebegitu banyak pencapaian yang boleh dibanggakan ramai orang. Penglibatan buat kali kedua dalam Syarahan, belum d...

Keempat Belas: Sepi

 Rasa-rasanya, dalam kehidupan seorang introvert, sepi adalah keramaian. Benar, ramai juga boleh bererti sepi.  Tapi hal ini tidak sewajarnya kita terima bulat-bulat. Sebab hakikat manusia adalah habluminannas. Yakni berhubungan dan bermuamalah dengan mana-mana manusia yang lain. Dalam erti kata, hubungan yang terjalin adalah dalam makna positif, meskipun ada yang menganggap bahawa hubungan negatif juga merupakan salah satu nadi kehidupan kita. Benar, toxic relationship is real.  Berbalik kepada sudut pandang seorang introvert. Yang tidak punya ramai kawan, yang kadangkala hilang dalam kebisingan siang dan keheningan malam. Orang kata seorang introvert ialah kera sumbang. Menutup segala pintu pergaulan. Malas bertoleransi dengan drama serta perilaku individu di sekelilingnya. Entah, mungkin jua benar sudut pandang mereka. Kerana mereka tidak memakai kasut lalu menghuyung-hayangkan kaki si introvert untuk bergerak ke destinasi yang dia ingin pergi. Setidaknya bagi dia, dua...

Ketiga Belas: Coretan Rambang

 Sekian lama tidak mencoret di sini.  Mungkin ada baiknya diluah apa yang terbuku di minda, tersimpan di raga. Adakala kita terfikir akan tujuan penciptaan kita.  Sampai pada suatu tahap, kita tersedar jauh mana sudah kaki kita langkahkan, tangan kita hayunkan. Dan tiba, kita seakan tersentak panjang daripada lamunan panjang. Setelah usai semua hal kita laksanakan, seterusnya apa? Dan kita pun duduk di pojok paling kanan bangunan tempat kita curahkan segala usaha. Ibarat, seorang pelajar di kelasnya, seorang guru di biliknya, dan mereka yang menyambung pengajian di dewan kuliahnya. Perjuangan kita berbeza,  tapi hari itu, kita berkongsi satu rasa yang sama, sebenarnya, ada apa dengan diriku? Ada apa yang sebenarnya? Difikir logik, aku tak hidup susah sehingga tak terurus makan minum,  pakaianku sekalipunlah tak banyak, tetap cukup. rumah berbumbungkan atap jua ada jadi tempat berteduh. Jadi usai semua hal ini ku peroleh, kenapa masih ada ruang kosong dalam hati?...